Tuesday, April 3, 2012

sedikit rasa~

rasa apa?
huh, macam2... tapi agak penatlah berhadapan dengan pelbagai ragam manusia...
tapi nk katanya, Allah sedang mengajar aku dan berikan kefahaman kepada aku perasaan akak aku macam mana bila dia risaukan adik dia...
i get it but hati aku masih keras pada mulanya, tapi bila Allah tunjuk kan lagi melalui mimpi, aku xsanggup kehilangan akak aku...
walaupun aku wat macam2 kt dia, tapi dia tetap sayang aku dari kecil lagi...
sampai sekarang, kasih sayang dia xpernah ubah untuk aku, aku tahu tu..
tapi kekerasan hati aku menolak kesemuanya hinggakan aku xpernah pk hati dia!
aku faham keadaan akak, tapi aku berkeras nk dia faham aku tanpa aku memahami kehendak hati dia dan kebimbangan dia yang tinggi tentang hidup aku..
setelah apa yang aku dapat dari petunjuk Ilahi, pelbagai cara Allah tunjukkan pada aku, aku sedar, tanpa akak, aku xkan jadi macam ni...
kalau akak aku x lindung aku dari dulu, dah lama aku rosak...
kalau akak aku x nasihat aku, aku xkan boleh bertahan dengan dugaan dunia ni..
kalau akak aku x cerita masalah dia kat aku, aku xkan boleh kuat hadapi semua rintangan hidup ni..
aku ingat lagi, seorang kakak yang sangat sygkn adik dia, sanggup berhabis duit, membuang waktu, dan berpenat lelah hanya kerana adik dia pening kepala...
dari situ aku fikir, pengorbanan akak aku untuk aku, kesanggupan dia melayan kerenah aku, walaupun dia letih, tapi dia still layan cerita aku...
dari kecil aku besar dalam tangan dia, dalam jagaan dia, hati aku lebih dekat dengan dia...
aku dengar cerita kawan2 aku yang bergelar kakak, contoh paling dekat, sarah...
banyak benda aku belajar dari dia...
dia seorang kakak yang ada adik kecil..
dia pernah kata, adik kena kejar dengan ayam, perasaan dia waktu tu dia kata,"kenapa adik aku tu? berlari-lari tetiba? ya Allah selamatkan adik aku"
dari ayat tu, aku fikir banyak kali, mungkin ini perasaan akak aku bila aku cerita kesusahan aku kat usim..
dia xtahu banyak tentang kehidupan U tapi dia tahu gerak tari kehidupan yang sebenarnya xjauh bezanya cuma cara aplikasi jerk lain.... teori yang sama, tapi tempat dan cara aplikasi yang berbeza... format yang sama, jalan kerja berbeza...
sebelum ni aku terlalu berkeras nak semua orang faham aku sebab aku terasa kehidupan dari kecil telah dirancang hinggakan aku xdapat bersuara dan ambil keputusan nak belajar jauh dari kampung, tapi rupanya banyak benda yang masih aku xdapat cari lagi....
di sebabkan perasaan itu jugalah aku sedikit memberontak...
kesilapan aku, aku xpandai nak bagi penerangan yang cukup jelas dan gambaran yang cukup jelas kepada family aku...
diorang xsalah, cuma diorang terlalu risaukan aku...
aku terlalu risaukn diri aku, dan xnak bebankan family aku lagi dengan kebimbangan mereka terhadap aku disebabkan itu, aku nak alihkan bebanan mereka tu kepada suami..
dan disebabkan itu jugalah, aku bangkitkan hal kahwin awal tapi aku sorokkan niat sebenar aku.. aku tahu diorang risau macam mana, sebab tu aku xnak diorang terlampau susah hati, aku fikir, biar aku kahwin awal, yang susah hati lebih tu, suami aku...
kalau family risau, diorang akan kata, laki adik ada, boleh dia tolong tengok2 kan, mak mentua dia dekat kt kl, boleh tolong jagakan sementara adik kt nilai tu, kakak ipar dia dekat, boleh bantu dia mana perlu, balik kampung nanti dengan laki dia lah, dah xnaik ketapi/bas nk abah ambik salu...
aku fikir mcm tu, tapi aku langsung xcite pun dgn mereka hal tu... aku xnak diorang tahu..
biar mereka rasa lega tu sendiri tanpa aku beritahu, tapi xtahu lah pada mereka macam mana...
aku wujudkan alasan-alasan lain yang xkukuh yang akhirnya punah...
lama2 aku malas nk fikir sampaikan aku malas nk fikir tentang perasaan akak aku yang dah lama aku tinggalkan jauh di sudut hati aku....
kesalahan besar aku, aku abaikan perasaan dia sedangkan dia sgt sayangkan aku...
xpatut aku wat cm tu... ego aku memang tinggi, tapi disebabkan ego tu lah hati akak aku sakit!
sekarang ni, aku patut rendah ego dan dengar semua kesalahan aku dan terima dengan hati yang ikhlas....
family aku pelindung aku....

2 comments:

  1. ...syukur adik dh sedar..dan akk faham skrg..tapi dik...belum tentu yg dirancang akan jadi seperti apa yg kite idamkan..bantahan akk bersebab...bukn kosong..dik, impian dan harapan abah dan ibu pada adik buat akk terasa amat takut dan akk akan rasa kesal x sudah kalu adik x dpt capaikan hajat mereka...dik.. "PERKAHWINAN IBARAT UNTUK SABUT TIMBUL UNTUNG BATU TENGGELAM" kena penuhkan pengisian kesabaran yg kuat, tak cepat melatah, ada tolak ansur, boleh menerima buruk baik seadanya tanpa keluhan dan mcm2 lagi..apa pun adik berdoa lah agar kebaikan selalu di samping adik...salam sayang dari akk...

    ReplyDelete
  2. ..syukur la adik telah sedar dan faham..dik satu pesanan akk.."PERKAHWINAN IBARAT UNTUNG SABUT TIMBUL UNTUK BATU TENGGELAM"...impian dan harapan abah & ibu ibarat menanam pokok yang ingin merasa hasilnya...x penah sekali pun kami merasa terbeban dalam membesarkan adik..dan ingat dik.."BUKAN SENANG NAK DUDUK HIDUP SEBUMBUNG DENGAN ORG LAIN"...ia memerlukan kekuatan yang amat dari fizikal & mental....salam sayang dari akk..

    ReplyDelete

~I Love you~!!!



~bual jom~


~diariku yg sudah2~