Monday, April 28, 2014

Red Modani Shoes!~~

hi bloggie,
hari sabtu hari tu kan, pergi BP Mall dengan family akak aku...
huhuhu... beessttt....

main bowling lepas tu makan-makan n solat..
then jalan-jalanlah kat mall tu...

sementara tunggu akak aku g kat promo citibank tu, aku singgah sekejap kat Red Modani....
kedai jual kasut2... huhuhuhu...
masuk tu memang xde expectation yang aku akan minat dengan kasut-kasut kat situ...
tapi, at the first time aku minat sangat dengan 1 design kasut ni...

mungkin kalau orang lain tengok design dia xdelah cantik sangat...
tapi yang membuatkan aku suka dengan kasut tu ialah design dia memang kena dengan taste aku..
simple but elegant...huhuhu....

harga dalam RM 59.90 dan aku fikir aku ada bajet untuk tu...
sebenarnya memang tengah cari kasut baru...
kebetulan pula terpikat dengan kasut tu....

aku masih ingat dengan jelas kasut tu sekarang...
for the first time too, aku terpikat betul dengan kasut...
sebelum ni, xdelah sampai macam ni...
xdelah sampai rasa terkilan x dapat kasut tu and teringat-ingat bila balik...

lepas ni, kalau pergi lagi and kasut tu ada lagi jual, memang nak beli juga!~
huhuhu....

hopefully dapat pergi lagi ke sana,.,.,.,., :)

Sunday, April 27, 2014

My second Blog :)

hi bloggie,
i had created my second blog.. huhuhu...

actually, that is the old one but i do not active with that account...
but now, i had renew it with old design.. hehehehe...

sebenarnya buat second blog tu just nk share segala secret2 yang pernah di amalkan untuk kecantikan, kesihatan..
tapi sekarang ni, postnya x banyak lagi...

well, baru di aktifkan..
tapi bolehlah, ada lah sikit2 info...
so lepas ni i have to handle 2 blog...

blog ni lebih kepada isi hati and my e-diary..
my second blog tu more to knowledge and promotion...
hahaha... sebenarnya nak jual barang tapi x retilah...
so buatlah blog tu bermacam-macam ragam... hehehehe....

so meh lah meramaikan my second blog tu yek...
kalau sudi singgahlah... :)

www.julieasmida.blogspot.com

have a good time.. :)

Sotong vs Squidward

hi bloggie,
tengah2 hari ni tetiba lak teringat2 bau sotong tumis...

sekarang ni xtahu kenapa aku asyik nak sotong je..
tapi memang sedaplah kan sotong tu...
aku suka sotong tu di tumis biasa je...
kalau buat sambal pun sedap juga tapi aku lagi suka ditumis...
letak lada sikit... haaaaaa, rasa pedas juga....

aarrgghhhh, bloggie,
telan air liur pun rasa sotong dah ni.... huhuhu..
dah macam kempunan pun ada...
padahal, bukannya ibu x belikan....
setiap bulan aku makan sotong...

kalau ibu beli banyak, nanti aku masak, aku bahagi 3...
hehehe... dapat masak 3 kali...
kalau ibu beli sikit, aku masak semua...
lastly, aku yang abiskan.....

fuh!! meeelllltttiiinnnnggggg.....
nak sotooooonnnggggg....

orang biasa suka udang eak, aku x, aku suka sotong...
sotong tumis, sotong sambal, sotong goreng tepung, tomyam sotong...
huh! sedapnya...

wah! nak cari sotonglah,
ok bye..!!

Miss My Prince~~

hi bloggie,
ni ad cerita happy sikit..

dia ada beritahu aku yang dia akan datang tahun depan dengan family dia....
so far, dia dah beritahu aku yang dia dah inform kat abang and umi dia...
entahlah bloggie, tetiba rasa macam berdebar pun ada, macam xpercaya pun ada....
huhuhu...

perkara ni yang aku nantikan dulu tapi sekarang tetiba aku rasa x bersedia pula....
tapi aku tetap rasa happy sebab dia sedang membuktikan kejujurannya...
dia beritahu aku, buat masa ni dia nk kukuhkan ekonomi dia dulu..
kalau x, dia sendiri pun rasa x mampu nak tanggung aku....

aku suka dengan dia ni sebab dia ada 1 sikap dia yang buat aku tertarik...
sikap yang susah berputus asa..
selagi dia x dapat, selagi tu dia akan usaha untuk dapatkan walaupun dia tahu halangannya apa...

yang lain2 tu, ada juga...
cumanya bila dengan dia ni buat aku ingat abah... huhu...
sebab perangai dia kadang2 macam abah lagi2 bab jimat...
haaaaa... memang seakan-akan dengan abah...

dari fizikalnya, aku suka dia senyum...
bila dia senyum macam budak.... hahaha... dari marah pun boleh xjadi marah tau..
kadang2 tu ada juga perangai budak2 dia keluar tapi x selalu...
dia ni matang, fikiran ke depan... but sometime, ego juga...
well, biasalah lelaki kan, memang x lari dari sifat egonya tu, cuma tinggi atau x je...

erm,,, lately jarang dapat call dia..
kadang dia sibuk, kadang aku yang x sempat nak call..
masing2 ada komitmen masing2...
xkisahlah, asalkan dia jujur dan ikhlas dengan aku....

bloggie,
i miss him...

mistik!!!~

hi bloggie,
kali ni nak cerita pasal mistik..
you know that, MISTIK?

mistik ni more to dunia ghaiblah...
alam2 disebelah sana yang tidak boelh dilihat dengan mata kasar dan terhijab dari pandangan mata..
dunia ni hanya boleh di lihat oleh sesiapa sahaja yang di izinkan Allah dan yang mempunyai keistimewaan tertentu...

ermm... entahlah bloggie...
kadang aku rasa penat nak ngadap benda2 ni semua..
malas nak percaya pun ada..
tapi kena juga percaya sebab 'dia' memang ada..
cumanya kita di haramkan sama sekali dari menjalinkan sebarang hubungan dengan 'dia'..
kerana 'dia' tu adalah musuh kita yang nyata...

tapi kali ni bloggie..
setelah lama aku terhindar dengan gangguan seperti ini..
kini aku di ganggu lagi...
entah siapa yang menghantar benda2 khurafat ni pada aku, aku pun x tahu..

apa yang penting sekarang ni, pendinding diri perlu di teguhkan lagi...
ini merupakan ujian bagi aku bloggie...
Allah sedang mengingatkan aku..
di kala suka, ada duka, dan di kala suka itu perlu berhati-hati...

di kalangan manusia, ada juga syaitan yang bertopengkan manusia...
dan manusia ini telah menjadi tunggangan syaitan untuk di peralatkan...
waktu macam ni lah aku teringatkan siri novel Laksamana Sunan, karya Ramlee Awang Mursyid...
mengamalkan kalimah yang ringkas tetapi mampu menjadi senjata paling ampuh hanya dengan keyakinan dan kepercayaan yang utuh pada tuhan yang Esa..
tatkala ini perlu di ingat, hanya dengan kekuasaanNya sahaja yang mampu membantu kita....

bloggie,
i'm very sad... really sad..
my society will never change if they are always go through with this kind relationship...

Wednesday, April 23, 2014

Bengang..

hi bloggie...

rasa bengang jp td.. huhu..
kena tegur dgn chief sebab buka lagu terkuat sikit kt office..
ermm.. memang salah aku pun..
I admit it...

ada lagi yang wat aku rasa bengang ni bloggie...
aku plan hari ini aku nak aktifkan semula blog aku yang lagi satu tu..
aku nak buat blog tu as my business online blog..
tapi kan, aku x tahu nak buat macam mana..

I mean, x tahu nak mulakan promotion tu macam mana...
aku ada juga tengok contoh-contoh dari web lain...
entahlah eak, tetiba je rasa down pula...
nak isi blog yang kosong tu dengan gambar tapi gambar x banyak lagi...

entahlah bloggie,
rasa sedih sikit cz hari ini rasa macam my bad day kot...
asyik salah je apa yang aku buat.. ermmm...

Wednesday, April 2, 2014

mulut orang vs mulut tempayan

hi bloggie...

tahu x apa beza mulut tempayan dengan mulut orang?
ans: mulut tempayan kt tempayanlah, mulut orang ye kt orang...

hahahaha... betul tu..tapi kan ada perumpamaan untuk orang yang x boleh simpan rahsia tu dikatakan "mulut tempayan"?
ye, betul tu.... ha dari situ dapat x jawapannya?

ok, kt sini nak beritahu apa beza mulut tempayan dengan mulut orang...
mulut tempayan kebiasaannya ternganga dan mendedahkan apa sahaja yang ada di dalamnya..
mulut tempayan ni juga ada penutupnya..
sekiranya di tutup, maka tertutuplah segala apa yang ada di dalamnya..
jika tidak di tutup maka terdedahlah segala yang ada di dalamnya...

mulut orang pula...
sentiasa tertutup dan adakalanya terbuka...
tapi sekali ia terbuka sangat sukar untuk dibendung apa yang akan dikeluarkan oleh mulut orang tu tadi...

so kalau ada rahsia apa2 simpan kat dalam tempayan jangan simpan kat orang sebab mulut tempayan ada penutupnya yang boleh lagi kita kawal tapi kalau mulut orang xde penutup so susah nak kawal kalau dah sekali terbuka maka terdedahlah semua yang dibendung..

lepas ni, hati-hatilah ye... :)
pililah mulut tempayan ke mulut orang... hahahaha....

Tuesday, April 1, 2014

tangisan hati

hi bloggie...
aku xpernah rasa macam ni..
serius, aku terasa di hentak..
mungkin ini yang akan aku alami jika bekerja di tempat sebegini rupa..

hanya yang aku mampu, menangis di dalam hati dan menyimpan segala rasa...
jika sebelum ini aku mampu meluahkan dan membela diriku tetapi kini aku terpaksa berdiam dan itulah jalan yang paling baik untuk waktu ni....

aku keliru..
dari pengalaman ini, aku tekad, kerja sendiri lebih baik dari kerja makan gaji...
untung rugi sendiri tanggung...
sendiri tadbir, sendiri usahakan...

aku dah merancang masa depanku tapi aku harus ikut kehendak ibu... kerja kerajaan..
xpelah..
tapi dalam masa berpraktikal di sini membuatkan aku terasa jadi mangsa keadaan pula...

ke sini salah, ke sana salah...
pergi ke mana di kata,sampaikan di kata akan menjadi bahan fitnah...
tamparan hebat yang aku terima ni bloggie...
sedih.. sangat sedih...
sakit hati, memang sakit hati...
tapi apa dayaku?
telan dan seterusnya telan sahaja....

aku menunggu saatnya aku mengetahui segala selok belok kerja di sini barulah aku akan berasa gembira dengan kerjaku...

~I Love you~!!!



~bual jom~


~diariku yg sudah2~