Tuesday, November 6, 2012

hatiku rasa x menentu~

sejak beberapa hari ni, hati aku selalu x tenang..
apabila aku telah berjumpa dengan jawapan untuk segala persoalan...
persoalan yang membuatkan aku sering tertanya-tanya, mengapa dan mengapa...
tapi jawapan ini sungguh membuatkan aku rasa terkejut dan sedih...
mengapa dia sanggup begitu???
teman yang rapat sering membantu ku untuk lebih kuat menentangnya...
dengan ini telah bermulalah era baru bagi diriku untuk mengubah jalan hidupku...
dari biasa kepada luar biasa agar aku dapat menguatkan hatiku dan seterusnya tidak mudah goyah akan segala tipu helah yang mendatang padaku...
tersilap langkah, aku akan kembali terjerumus ke lembah noda...
dan tidak akan mungkin aku akan kembali ke atas dan menarik nafas lega dengan rahmat tuhan...
pada waktu ini, ketika ini, hanya pertolongan dariNya sahaja yang aku harapkan...
agar aku sentiasa kuat, tidak lemah dan sentiasa sedar akan segala corak tipu helah yang direka khusus dari pihak berkenaan supaya aku menerima semua yang telah di warisi...
permasalahanku kini, aku tiada kekuatan untuk bersuarakan hak aku, mempertahankan diriku yang semakin di aniaya...
aku tidak rela ini berlaku dalam hidupku...
sama sekali tidak akan merelakannya...
aku tidak pernah meminta untk dilindungi dengan cara sebegini...
tetapi, mengapa rasa tanggungjawab yang kamu rasakan itu menarik aku ke lembah kemurkaan tuhan?
kesenangan di dunia adalah kesusahan di akhirat, kesusahan di dunia adalah kesenangan di akhirat...
tidakkah kamu memikirkan itu?
sekalipun kamu amat menyayangiku, tetapi bukan ini caranya kamu menunjukkan kasih sayangmu padaku..
sekalipun ini yang kamu katakan tanggungjawab kamu terhadapku, ini bukan caranya untuk melangsaikan hutang2 mu itu terhadapku...
sekalipun kamu membela ibu dan abah, tetapi sekiranya kamu tetap melakukan ini terhadapku, ianya tetap tidak akan merubah nasibmu di akhirat kelak....
aku pohon dan rayu padamu, ambil kembali pusaka ini dan jangan lagi menganggu hidupku...
aku tidak reda akan apa yang kau perlakukan terhadap ku....
sekali lagi kamu menghantarkannya, aku memohon peringatan Allah untukmu agar kamu tidak tergolong di kalangan orang yang rugi...
aku sayang kamu, tapi jangan buat hidupku dan masa depanku hancur.....

1 comment:

~I Love you~!!!



~bual jom~


~diariku yg sudah2~