Sunday, December 2, 2018

Puitis

Ibarat di tinggal kosong...

Sebelum ini, si permata meninggalkanku..
Kembali jua utk menyerlah..
Namun malap terus gelap..

Lalu aku dikutip di tanah sepi..
Melalui liku hidup di sebuah bahtera..
Kadang ceria dan tawa..
Kadang mendung dan gelora..
Namun aku merasa bahagia..
Tatkala hadirnya si jantung hati...
Entah ini dambaan siapa..
Tetapi hadirnya dirinya membuatkan ku rasa gumbira...

Kadang hati terluka, rajuk
Ku pujuk sendiri..
Sedar diri bukan yg sempurna..
Ibaratkan boneka yg berhabuk..
Dipenuhi pasir tanah gersang..
Kadang boneka ini di campak tepi..
Di tendang dan di maki...
Namun boneka terus diam
Kerana akulah boneka...
Yg punya perasaan tanpa di sedari...
Yg rela dipersalah walau bukan kerana sendiri...

Diamlah boneka hingga kau kaku...
Sejuk membeku tanpa ad darah yg mengalir lagi...
Boneka yg dulu di sinari cahaya permata...
Kini tidak lagi di sinari mentari...

Kalau bukan lagi syg ini milikku,
Ku mengharapkan ianya milik tuhan...
Sememangnya sakit mencintai manusia...
Sememangnya sakit merindui manusia...
Tidak akan merasa sakit jika mencintai tuhan..
Kerana Dia tidak pernah mengecewakan...

No comments:

Post a Comment

~I Love you~!!!



~bual jom~


~diariku yg sudah2~