Sunday, January 2, 2022

kenangan lepas,

Tiba2 terigt, 
1 tempoh kepahitan dalam hidup aku...
Kiranya tu waktu kejatuhanku 
Atau erti kata lain, dugaan aku yg Allah bg utk ajar aku, didik aku, sedarkan aku...

Bila?
Ianya bermula dr saat kelahiran husna...
Di ambangnya tu, aku di uji...

"JANGAN PEGANG TAKDIR, ITU KERJA TUHAN"

Kata2 ini yang dtg dlm fikiran aku di saat aku betul2 jatuh...
Tak cukup dgn itu, Allah uji lg pengharapan aku...

"LETAKKAN SETINGGI PENGHARAPAN PADA ALLAH BUKAN PADA MANUSIA"

Aku jatuh lg...
Aku mengharapkan mertua aku bantu aku masa dlm pantang, tp, mertua tetap mertua, dia bukan ibu yg melahirkan aku... 
Aku rasa jauh dan saat itu aku terlalu rindukan kasih sayang ibu aku...
Alhmdllh, suami aku layan aku 100000000%... 
Di layannya aku bagaikan puteri...
Walau sepenat mana pn dia, 
Kebajikan aku x dilupa... 

Di situ, aku terpesong lagi

"KASIH SAYANG ALLAH LEBIH SEMPURNA, DAMBAKANLAH ITU"

Aku di uji lagi...
Kedatangan kak ipar dr turki, betul2 menguji hati aku...
Aku jatuh lg...
Malah lebih teruk kali ni...
Beberapa kali aku keluar lari rumah, jalan kaki, bw husna, xde siapa pn tahu dan cari aku...
Saat itu aku sedar, yang kasihkan aku hy Allah, yg jaga aku hanya Allah...
Walau sehebat manapn jagaan suamiku sebelum ini waktu aku dlm pantang, hebat lagi jagaan Allah...

Kenapa?
Di saat aku keluar rumah bw husna tgh mlm, kaki aku melangkah tanpa hala tuju...
Hampir keluar pagar perumahan, 
Allah pandu langkah kaki ku pulang ke rumah...
Sesedar di pintu, aku xnak masuk..
Terasa bagai 1 azab nk masuk rumah..  
Aku duduk di luar, sambil pangku husna yg lena...
Fikiranku celaru..
Hy zikir dan selawat membasahi bibirku..
Tiada kekuatan lain lagi waktu tu utk aku...
Terasa suamiku x endahkan aku lg, 
Kasihnya dah beralih
Aku berkongsi pautan kasihnya bersama org lain walau dia sedarah dgn suamiku, tetap aku terasa...
Pernah diluahkan, aku di tempelak, luahanku diperlekehkan malah lagi di sindir sepuasnya...
Ku akui, perasaan ku hy sampah pd suamiku, tak penting dan tak bermakna lgsg...

Saban malam aku menangis...
Saban hari aku menangis merintih...
Hinggakan hafiz pujuk aku, peluk aku...
Hinggakan dh kering air mata... 

Hati aku dh mula kuat, aku tak endahkan semuanya...
Perlukan aku, aku dtg, x perlukan aku pergi...
Aku suka, aku stay, x suka aku angkat kaki...

Bagaikan jatuh di timpa tangga, itu yg aku rasa...


"TIADA KASIH SEHEBAT KASIH ALLAH KEPADA HAMBANYA"

"PENJAGAAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARIPADA PENJAGAAN MANUSIA"

"TAKDIR YANG TERTULIS TIDAK PERLU DI PEGANG, IKUT DAN MOHON DI PIMPIN ALLAH UNTUK MENITINYA HINGGA MENDAPAT REDHA NYA"

"ALLAH CEMBURU BILA HAMBANYA BERHARAP SELAIN DARI DIA, MAKA BERHARAPLAH PADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ITU YANG LEBIH MULIA.."

"HATI MANUSIA ALLAH YG PEGANG, JODOH MANUSIA ALLAH YG TENTUKAN... SEKIRANYA ADA, MAKA PANJANGKANLAH DAN RAHMATILAH, SEKIRANYA TIADA, PENDEKKANLAH DAN PERMUDAHKANLAH SUPAYA TIADA SIAPA YG TERSAKITI.. AKU REDHA..."

"SUAMI AKU, BUKAN MILIK AKU, TETAPI DIA MILIK TUHANNYA, DAN KASIHNYA BUKAN MILIKKU, TETAPI MILIK KELUARGANYA, AKU HANYA MENUMPANG SINGGAH DI HATINYA UNTUK DIA PIMPIN AKU MENUJU REDHA ALLAH..."

pepatah2 yg aku bina sendiri utk pujuk hati aku sepanjang kesakitan mental aku, sepanjang emosi aku dibuli cukup2....

Xpe, aku maafkan..
Selebihnya, aku serahkan pd Allah, biar Allah yg uruskan...
Bukan kerja aku untuk membalas apa yg manusia buat pada aku...
Tugas aku hy berusaha mencari redha Allah dgn apa cara sekalipun.. 

Untuk suamiku,
Aku terima segala apa yg kau berikan padaku, walau aku x suka, aku terima sekiranya itu membuatkn mu rasa bahagia di sampingku... 
Cuma aku mengharapkan redha mu pd ku, agar Allah meredhai ku jua.... ampunkan aku yg byk khilaf pd mu dan sering membuat mu terluka byk di hati... 
Maafkanku terlalu byk rahsia hatiku tidak ku bicarakan pd mu, biarkn ia terus rahsia, asal tidak membuatmu terluka... 
Hatiku Allah yg jaga, bahagiaku Allah yg beri, jgn kau bimbang, aku bahagia melihatmu bahagia...
Sekiranya matiku mendamaikn mu, lebih baik begitu, aku pulang pd penciptaku yg lebih besar syg nya pada ku...


Semoga apa yg berlaku, buat diriku lebih matang..
Buat hatiku lebih tertuju pd redha Ilahi bkn redha manusia...


Abah : dik, kita ni, nk buat apa kt dunia, suka hati ngko lah, buat apa ko nk buat, tp kena igt, nnt akan di kira kt sana, ko tahulah.. mulut ni nk ckp apa, ckplah, nnt semua akn di kira kt sana...

Ibu : apa org nk ckp pasal kita, biarkn.. apa org buat kt kita, biarkan.. kita jgn balas, nanti biar Allah yg balas...


Pesanan buat aku yg panas baran dan mudah melenting... 
Terima kasih ibu abah...

No comments:

Post a Comment

~I Love you~!!!



~bual jom~


~diariku yg sudah2~