Thursday, February 6, 2014

Relationship

hi bloggie,
aku masih tertanya-tanya, apakah maksud hubungan?

bagi aku ,ianya sangat subjektif..
susah nak cari maksud sebenarnya...

bagi aku hubungan atau perhubungan ialah dua insan yang mempunyai perasaan antara satu sama lain, saling berkongsi pendapat dan masalah..
Relationship atau perhubungan adalah platform untuk berbincang bukan menghukum antara satu sama lain sekiranya ada masalah...

kalau keserasian telah hilang, maka terjadilah persengketaan yang membawa kepada terputusnya hubungan...
relationship tak sepatutnya membosankan dan sunyi tanpa sebarang perkongsian kisah...
dalam relationship juga tak sepatutnya memendam rasa dan berahsia...

pada pendapat aku lah kan...
dalam hubungan ni perlu ada kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran...
kalau tiga ni ada, insyallah segala masalah dapat atasi dengan rasional...
tapi tak tahulah bagi orang lain macam mana...

yang aku alami sebelum-sebelum ni sangat membosankan....
dengan pak arab tu, ok je cuma dia ignore aku.. tu jek..

yang sekarang ni, ok juga...
cuma sometimes aku tak kenal dia siapa..
dan semakin lama semakin aku x kenal dia siapa...

he's change.. tapi aku fikir positif je lah...
sekarang ni dia tak banyak cakap..
answer my call pun macam tak happy je..
takde benda yang selalu dibualkan...
kalau ada pun lepas aku cakap macam2, baru ada story...
kadang2 tu takde langsung.... just call and sleep...

tiap kali call tengah tengok cerita and takde lak rasa nak off jap cerita tu...
ermm,,, oh ya, dulu masa mula2 kenal, dia ada cakap, jangan kacau time dia tengok cerita...
tapi bila fikir semula, bila lak masa untuk aku?

confuse..
call, salah time, tak call kang cari lain pulak or kata kita tak ingat dia...
yang mana satu? ok, just miss call je lah eak...
orang kata mis call tu tanda rindu and orang tu ingat kat kita...
tapi dia xde pun miss call aku or text aku... (dia busy lah)..

kadang2 ada jugak rasa hati nak cari lain...
tapi aku malas nak layan....biarlah...
mungkin aku ada rasa sikit perasaan tu tapi aku tetap happy bila call dia...

even dia tak cakap apa2 dengan aku..
even aku hanya dengar dia ketawa bila chat dengan member2 dia...
even dia ignore aku kalau aku salah time call dia...
even call and sleep...
even aku cakap dia diam je and no respon...

kadang tu ada cerita pun jadi takde cerita bila dengar nada suara dia yang tak happy angkat call aku...
terfikir gak, dia penat ke? aku kacau dia rehat ke?
kadang tu terfikir gak, maybe aku tak call lagi ok kot coz tak kacau dia...

heiy! perasan x, kalau cakap tentang dia, benda sama je kan...
ermmm..... takde penghujung... macam tu juga...
ermm biarlah...

apa yang aku nak tahu sekarang ni ialah apa perasaan dia pada aku? apa dia rasa tiap kali nampak nama aku call kat fon dia, my text? siapa aku pada dia? dan adakah aku ni membosankan?

ayat yang aku tak boleh lupa sampai sekarang dan selalu jadi peringatan aku and buat aku sangat sedih ialah dia kata,"saya dah banyak sabar dengan awak! saya diam sebab nak jaga hati je"

agak terkilan dan terkedu bila dengar ayat tu keluar dari orang aku sayang...
takpelah, salah aku... I admit it.... i'm sorry....

No comments:

Post a Comment

~I Love you~!!!



~bual jom~


~diariku yg sudah2~