1.45 pm
Lepas siang ikan,
Abg ckp,
"Hari ni lepas jumaat, kita pegi rumah a.dd jumpa ummi minta maaf.."
Aku, auto anxiety...
Sakit perut, berderau darah, berdebar-debar, sikit lg nk menggigil bdn...
Sbb apa?
Sbb ego xnak minta maaf
Dan pertahankan aku x salah...
Tp aku terigt ibu ad pesan...
"Dik, maafkn je dik, ko x luak apa pun.. kalau perlu ko pergi minta maaf utk baiki hubungan, buat aje lah dik, kau x luak apa pun.. x rugi duit kau pn.. dia nk rasa gah, dia nk rasa kau salah tu terpulang dia.. yg penting kau tu.. sudah²lah kau membenci dia.. igtlah jasa dia jaga ank² kau masa kau xde.. ikhlas ke x dia buat tu, kau x payah fikir, tu bukan urusan kau... kalau kau syg ibu, dgrlah ckp ibu ni, maafkanlah dia... bersihkan hati kau tu.. istighfar byk², mudah²an Allah lembutkan hati kau dik... bukan tugas kau hukum dia.. igt tu..."
Ayat ni berlegar di fikiran aku..
Sepanjang jalan sebelum jumaat aku tenangkan diri dr panic attack aku...
Cuba control dr aku hilang kawalan...
Borak dgn abg, ubah topik, fikirkan urusan supply farmasi aku..
Aku x tahu nk ckp apa nnt...
Bersediakah aku?
Tak tahu...
Aku hy ikut sahaja apa yg Allah dh sediakan utk aku..
Jika ini, inilah dia..
Aku terima...
Ya Allah, berikanlah yg terbaik utkku dn keluargaku..
Ya Allah, bantulah aku utk menghadapi segala sesuatu yg bakal hadir baik atau buruk supaya aku sentiasa mengingatiMu, mensyukuri atas segala nikmat dn ujian yg Kau berikan...
Ya Allah, bantulah aku yg lemah... aku tak minta lain, hanya pertolongan dari Mu sahaja... tanpa Mu, lemahlah aku, tanpa Mu, tiada erti hidupku...
No comments:
Post a Comment