Thursday, March 24, 2011
~kehidupan, beginilah..~
Tuesday, March 22, 2011
~assigment2~
grafik, xsiap lagi, database, baru nk rancang..
mini survey n bahas bahasa arab dlm masa terdekat ni....
huh... pening2, pale aku...
cmne nk urus???
sekali aku blk, dtg semula cm bayi baru lahir, yg xathu ap2..
tu psl aku nk blk takut2...
takut kalau aku leka dgn tugas aku yg mcm2 ni....
huh.....
sabo je lah...
Tuesday, March 15, 2011
~i dont have enough money~
Monday, March 7, 2011
~tersilap tarikh~
malunya...!!!!!!!!
semangat sangat nk g library sbb nk mhn hostel on9..
ttbe tgk tarikh, minggu depan...
hampanyaaaaaa..........
sedih terasa kini....
huh.. kesedihan terlampau+kepenatan teramat..!
bila difikirkan, dahsyat gak ek, cz yelah, dari fpqs ke library 7minit....
bse aku jln 15mnt..
huhuhuhu...
smngt punye pasal,..hahhahahaha...
bile tgk lmbt lagi tarikhnya, xkn nk terus blk an,
dh pnt2 dtg, buka benda len sat.. huhuhu
huh, cmne lah aku blh lupa ni....
tarikh hari ni hingga 14 mac utk tahun 2
tahun 1, dari 15mac mulanya hingga 21 mac..
p aku keliru sikitlah notis dia bagi ni...
ermmm... xpelah...
selagi xde announce kt ewadi aku, mean lom lah tu...
ni baru notis jerk... huh..
sabar yaaaaa...........
Sunday, March 6, 2011
~derma darah~
Friday, March 4, 2011
~Elham Z~
ni kumpulan ElhamZ...
~Devotees~
tu... pic tu... aku amik kt dewan td lah....
~majlis bersama Ustaz Hizbur Rahman~
Thursday, March 3, 2011
tentang dia..
Nama yang meniup semangat baru dalam hidup aku...
Datangnya dia pada waktu aku sangat2 dlm memerlukan seseorang untuk mendengar luahanku..
Dan sememangnya dia telah melakukan itu sejak mula perkenalan kami di facebook..
Heh, di laman web sosial tu, semua orang boleh berkenalan..
Tapi aku xsangka perkenalan antara kami membawa kepada suatu hubungan yang agak serius..
Dia menyatakan isi hati dia pada ku pada suatu malam yang begitu damai padaku...
Aku xtahu adakah itu hanya sekadar mengujiku atau realiti.. Aku semacam bermimpi tentang tu.. Namun begitu, aku x begitu bersedia untuk terima dia lebih dari seorang rakan dan sahabat.. Sepanjang hubungan aku dan dia, aku hanya terima dia sebagai sahabat.. Walaupun ada yang mengatakan kami berpasangan, padaku kami tidak... Dia memahamiku sebaik mungkin, dia sabar dengan bermacam kerenahku.. Kesabarannya benar-benar menyentuh hatiku.. Pernah sekali aku meluahkan isi hatiku tentang lelaki dan aku menyatakan aku kurang bersedia untuk terima dia lebih dari seorang rakan... Dia faham tentang tu... Lama kelamaan, aku dapt menerima dia sebagai yang teristimewa di hatiku... Hari-hariku berlalu dengan begitu indah sekali bersama kenangan yang di bawa bersamanya.. Dalam hubungan kami, bermacam perkara yang kami lalui.... Lebih-lebih lagi tentang hal yang berkenaan dengan kisah silam masing-masing.. Dia menerima dengan baik tentang halku begitu juga diriku.... Suatu hari dia melamarku, menyatakan hasrat hatinya untuk menjadiknku isterinya suatu hari nanti... Aku menerimanya dengan hati yang lapang... Pada ketika itu, di fikiranku hanya tertumpu padanya... Aku alpa dengan janji Tuhan yang sudah menyediakan setiap hambaNya pasangan masing-masing... Aku terlalu risau tentang hal jodoh sehingga aku lupa pada janji Tuhan... Ya Allah, ampunkan diriku... Setelah itu, maka terjalinlah satu hubungan lagi yang benar-benar mengikatku dengannya... Hal ini tidak diketahui langsung oleh keluarga kami... Dia bercadang akan datang berjumpa ibu bapa ku pada waktu senggangnya kelak... Janji demi janji dia taburkan pada ku.. Aku semakin takut dengan janji-janji dia... Takut kalau-kalau dia x dapat menepati janji-janjinya... Tapi ternyata, dia menepatinya satu persatu... Dan itu yang makin membuatku terpikat dengan keperibadiannya.... Menenunaikan janji dan aku yakin suatu hari nanti pasti dia akan datang untuk mengambilku sebagai permaisuri hidupnya.... Aku memberi dia peluang seluas mungkin untuk bertakhta dalam hati aku.... Dia membimbingku dengan baik walaupun dia sendiri memerlukan bimbingan dan sokongan yang padu... Aku yakin dirinya akan kuat lebih dariku... Dalam dirinya tersemat satu kesitimewaan yang akan menyinar tidak lama lagi.. Aku dapat lihat itu... Sekiranya dia menggunakan segala peluang yang ada dengan baik, dia akan memilikinya suatu hari nanti... Dia telah banyak mengubahku dan menyedarkanku... Walaupun dia tidak merasakannya, tapi seperti Allah mengirimnya untuk ku segera berubah... Aku tidak pernah sekalipun mengharapkan kesempurnaan dari dirinya.. Mengharapkan yang terbaik? Aku tidak mengharapkan apa-apa dari dia sebenarnya... Cukuplah dia menjadi dirinya yang sebenar, itu sudah yang terbaik bagiku.... Sikapnya yang sentiasa tenang menghadapiku, sabar dengan kerenahku yang bermacam ragam, sentiasa mengalah dalam salah faham dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik membuatkan aku semakin yakin dengannya.. Walaupun kadangkala hatiku masih ingat pada permataku yang dulu, namun sekiranya ini sebagai penggantinya, aku menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha....
Wednesday, March 2, 2011
~Rona-Rona Cinta Damascus~
Tajuk : Rona-Rona Cinta Damascus
Pengarang : Sheila Wani
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-42-4
Mukasurat :
Status stok: ADA
"Rona-rona Cinta Damascus" ialah sebuah novel yang mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya.
Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian.
Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya?
Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.
(actually inilah novel yang aku tengah khusyuk baca sekarang ni...
novel ni betul2 menyentuh perasaan aku..
mengisahkan tentang Manal Husna dan janji2 Allah tentang jodoh...
kebanyakan wanita memang akan keliru dalam soal ni sebab ini mempengaruhi hidupny pada masa akan datang..
macam tu juga aku... aku terlalu risau sampaikan aku hanya mengikut kata hati aku..
menerima dia atas dasar ikut kata hati... sememang agak pahit utk nyatakan ini tapi aku xtahu mana lagi aku nk cte...
kisah nvl ni mengingatkan kisah silam aku dulu... diri aku yang dulu...
entah knp, rasa benci pd seseorang mula meluap tapi semuanya salah aku juga sbb menerima dia x semena-mena..
aku ingin diri aku yang dulu tu muncul kembali dlm hidup aku...
ya, aku sering merasakan janji Allah itu benar dan aku yakin dengannya..
tapi bila berbagai yang berlaku dlm diri aku, aku xdpt nk pastikan ap yg aku buat...
aku hanya ikut arus hidup aku tanpa membuat sebarang keputusan yang tegas dlm diari aku sekarang..
yang pasti aku dah jauh dari Zat yang agung tu...
aku kehilangan semua yang aku miliki dulu...
rasanya nk jek aku ulang semula waktu dan tidak membenarkan sesiapa menyentuh hati ku lagi...
bila aku fikir semula, segalanya berubah bila aku mula dengan dunia kasih sayang yang x pasti...
memang selalu orang kata, perempuan cepat terpengaruh dengan cerita novel, p aku xkn terpengaruh kalau cerita tu xde kebenarannya....
ckp sal jodoh, mmg aku serahkan semua pada Allah, p ap yg aku buat tidak menunjukkan aku begitu...
kadang, seharian aku menilai diri aku... mlm2 aku sunyi tanpa aduan padaNya...
aku kehilangan kemanisan dulu.... mengharapkan kasih Dia akan ada untukku, tapi masih ad waktu ke utk aku mengubah segalanya?????
aku takut ad yang berkecil hati dan aku xnk hampakan perasaan dia... aku xtahu nk mula mcm mn p ap yang penting perasaan aku xmenentu...
ya tuhan, bantulah aku yang sudah jauh dari pemerhatian Mu, yang dahagakan Kasih sayang Mu.. kembalikanlah semula ketenangan dulu dalam sanubariku... berikan ku keyakinan dulu terhadap Mu... ampunkan ku ya Ilahi...)