Wednesday, March 2, 2011

~Rona-Rona Cinta Damascus~


Tajuk : Rona-Rona Cinta Damascus
Pengarang : Sheila Wani
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-42-4
Mukasurat :
Status stok: ADA

"Rona-rona Cinta Damascus" ialah sebuah novel yang mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya.

Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian.

Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya?

Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.

(actually inilah novel yang aku tengah khusyuk baca sekarang ni...

novel ni betul2 menyentuh perasaan aku..

mengisahkan tentang Manal Husna dan janji2 Allah tentang jodoh...

kebanyakan wanita memang akan keliru dalam soal ni sebab ini mempengaruhi hidupny pada masa akan datang..

macam tu juga aku... aku terlalu risau sampaikan aku hanya mengikut kata hati aku..

menerima dia atas dasar ikut kata hati... sememang agak pahit utk nyatakan ini tapi aku xtahu mana lagi aku nk cte...

kisah nvl ni mengingatkan kisah silam aku dulu... diri aku yang dulu...

entah knp, rasa benci pd seseorang mula meluap tapi semuanya salah aku juga sbb menerima dia x semena-mena..

aku ingin diri aku yang dulu tu muncul kembali dlm hidup aku...

ya, aku sering merasakan janji Allah itu benar dan aku yakin dengannya..

tapi bila berbagai yang berlaku dlm diri aku, aku xdpt nk pastikan ap yg aku buat...

aku hanya ikut arus hidup aku tanpa membuat sebarang keputusan yang tegas dlm diari aku sekarang..

yang pasti aku dah jauh dari Zat yang agung tu...

aku kehilangan semua yang aku miliki dulu...

rasanya nk jek aku ulang semula waktu dan tidak membenarkan sesiapa menyentuh hati ku lagi...

bila aku fikir semula, segalanya berubah bila aku mula dengan dunia kasih sayang yang x pasti...

memang selalu orang kata, perempuan cepat terpengaruh dengan cerita novel, p aku xkn terpengaruh kalau cerita tu xde kebenarannya....

ckp sal jodoh, mmg aku serahkan semua pada Allah, p ap yg aku buat tidak menunjukkan aku begitu...

kadang, seharian aku menilai diri aku... mlm2 aku sunyi tanpa aduan padaNya...

aku kehilangan kemanisan dulu.... mengharapkan kasih Dia akan ada untukku, tapi masih ad waktu ke utk aku mengubah segalanya?????

aku takut ad yang berkecil hati dan aku xnk hampakan perasaan dia... aku xtahu nk mula mcm mn p ap yang penting perasaan aku xmenentu...

ya tuhan, bantulah aku yang sudah jauh dari pemerhatian Mu, yang dahagakan Kasih sayang Mu.. kembalikanlah semula ketenangan dulu dalam sanubariku... berikan ku keyakinan dulu terhadap Mu... ampunkan ku ya Ilahi...)

No comments:

Post a Comment

~I Love you~!!!



~bual jom~


~diariku yg sudah2~