Wednesday, May 5, 2010

[ tragedi 25 april ]

hari ni, hari yang paling tragedi bagi aku dan meninggalkan
kesan trauma yang agak panjang.. huh..
mulanya cerita cam ni...
petang tu aku nak pergi amik duit tudung dari cik ju,
aku pun pergilah dengan zati, naik moto..
mula ibu x bagi tau tapi aku nak jugak, ibu pun pesan hati-hati..
orang kata hati ibu tu kuat, kan..
memang betul pun..
lepas, aku amik duit tu, aku pun cakap dengn zati,
"yuk, aku bawa kau jalan-jalan kat taman aku niyh.."
zati kata,"ha, ok lah tapi kau jangan bawa laju-laju julie, aku takut niyh..
dahlah kau tadi bawa cam nak rempit jerk...."
aku, tanpa mengendahkan apa zati kata,
terus bawa laju, tapi masa tu kat kawasan belakang,
kat situ memang x ramai orang lalu lalang..
berani r aku nak laju..
sebelum selekoh, aku nampak ada pelangi,
aku cakap dengan zati,
" atie, kau bawa nset x?"
" bawa, nape?"
" tengok tu, pelangi, cantik ek.. aku slow niyh, ko amik r gambar.."
"xnk aku malas r, lagipun aku dh ada lah gambar pelangi.. aku amik kat depan rumah aku.."
"alah tu depan rumah ko, ni kat tempat aku.."
'ish, nak hujan niyh, baik aku bawa laju sikit,
dapat lah pusing taman n sempat lah balik t x kena hujan..'
bisik aku dalam hati..
aku pun apa lagi, terus pandu laju,
si zati dah menjerit dah kt blkg aku suruh aku jangan bawa laju sangat,
smpaikan dia kata aku niyh ustazah rempit,
sabar jela..
bila dah nak sampai depan simpang rumah aku,
aku x terus masuk rumah ( ke kiri ) tap aku nak belok kanan,
dengan tujuan nak ronda lagi lah kononnya..
dari jauh aku dh slow, tapi saki baki laju tu masih ada,
n bila aku nak belok kanan, aku nampak ada motor nak belok ke kanan dia,
budak tu dh nampak aku, so aku pun selekoh jauh nk masuk line jalan aku,
tetibe budak niyh, pergi masuk jalan aku n bawa slow nk giler,
apa lagi, tanpa di sengajakan,
aku pun langgar tayar belakang dia,
n kitorang semua terbongkang..
aku jatuh terhentak kat dada n terseret kat jalan..
abis bahu aku, jari telunjuk aku, n lutut aku luka..
yang teruk sikit lukanya, bahulah oz situ yang terseret dari mula jatuh..
badan belakang aku jangan cerita lah, memang sakit giler..
bila aku tersedar aku dah jatuh tu,
aku terus bangun n aku x tahu nak buat apa,,
sekali ada cik siti urut,
yang sapa aku dari belakang n tepuk bahu kanan aku yang luka tuyh..
masa tu baru aku perasan bahu aku luka teruk..
cik siti tanya mana yang sakit, mana yang luka..
aku dah terpinga-pinga n aku tunjuk semua yang sakit..
yang sedap nya, masa tu, aku senyum jerk..
yang zati dh terduduk dah kat jalan,
dia lagi lah, kepala terhentak sikit kat jalan n kaki dia sakit sikit..
kira ok lagi ek..
aku ni ha, yang teruk leh senyum n wat muka selamba jerk..
budak tu?
diorg jatuh atas rumput so xde yang sakit lah..
motor aku teruk gak r, brek tangan tu patah terus dengan cermin sisi kiri patah..
budak tu nye motor x sangat pun just
pemijak kaki yang aku langgar tu jerk yang patah..
yang lain ok..
sebenarnya, motor aku tu pun dh x berapa betul sangat,
brek tangan yang patah tu dah rosak dulu n handle nye ketat,
tu yang aku x sempat nak elak..
hurm.. sekarang niyh, aku dah trauma nak nek motor..
sejak tu, kalau bapa aku nak keluar simpang
aku nampak ada motor mengejut,
mesti aku tutup mata n after maki motor tu..
kadang-kadang tgh mengajar
aku terasa aku jatuh dan masih terbayang lagi aku jatuh camne..
huh.. walaupun aku xcdnt kecil jerk,
tapi dia punye kesan trauma pada diri aku tu, fuhh..
memang kekal sangat dalam ingatan..
aku x amik mc.. aku ngajar jerk cam biasa..
boleh lah aku tahan..
nasihat pada semua, berhati-hati di jalan raya, k..
jangan jadi cam aku
x denagr cakap ibu
ni lah balasannya bila x dgr cakap ibu..
ibu kata jangan. tapi degil nak gak bawa motor
ha kan dah kena,,
amik ko sekali..
hahahahahahahahahahahahaha...

1 comment:

  1. tu le knangna aq ngan ko..1 week di rumah julie..hehe..dan c faesz nk jmpe la..c johar ajak pi gnung lmbak r..haha..;p

    ReplyDelete